Saya cabar Ahli Parlimen UMNO BN tarik sokongan pada Ismail Sabri. Buktikan UMNO-BN anak jantan.

Semasa sesi taklimat presiden berdentam dentum langan bubar dan diselit dengan laungan “booo” sebaik nama Ismail Sabri di petik.

Tak kurang juga ucapan “tarik suara” oleh Dato Azalina Othman Said yang mengutuk dan menghentam Naib Presidennya sendiri.

Jika betul2 berani SILAKAN WAHAI ahli parlimen UMNOBN, tarik sahaja sokongan. Tak memadai “habis suara” kutuk dan kecam Ismail Sabri tetapi akhir semua TAKUT untuk tarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

Di sini baru mereka tahu ISMAIL SABRI LEBIH POWER dari Presiden yang sedang terpalit dengan 47 tuduhan pecah amanah.

Untuk makluman semua, Ismail Sabri sudah bagi “hint” jika ada mana2 parti menarik sokongan terhadap beliau maka parlimen akan dibubarkan dan akan diadakan PRU15.

Jadi apa tunggu lagi wahai ahli parlimen UMNO. TARIK SEGERA SOKONGAN. KAMU KAN MAHU AWALKAN PRU15.

JADI, SAYA CABAR AHLI PARLIMEN UMNO BN TARIK SOKONGAN PADA ISMAIL SABRI.

Penulis adalah Kamarudin Mohd Kasim atau dikenali sebagai Long Middin, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.