LARUT, 29 Ogos – Seramai 204 borang keahlian baharu ahli BERSATU dari Cawangan Sungai Limau dan Paya Besar diserahkan dalam majlis Persidangan Cawangan BERSATU Bahagian Larut 2022, di sini baru-baru ini.

Borang keahlian baharu itu diserahkan kepada Setiausaha Agung BERSATU merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam ucapan perasmian, Hamzah mengingatkan pimpinan cawangan-cawangan BERSATU Bahagian Larut untuk terus istiqamah menjuarai isu-isu yang yang memberikan impak kepada kehidupan seharian rakyat.

“BERSATU juga harus terus fokus membina kekuatan sendiri dan tidak bersandarkan kepada kelemahan pihak lain sebagai senjata bagi meraih sokongan rakyat.

“InsyaAllah, dengan sokongan dan kerja keras semua pihak dari setiap lapisan akar umbi, parti ini mampu menjadi parti yang menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat dalam negara,” katanya.

Persidangan Cawangan BERSATU Bahagian Larut 2022 itu diadakan di Dewan Orang Ramai di Selama.