BALIK PULAU, 29 Ogos – BERSATU Cawangan Kg Masjid menganjurkan ‘1,000 larian menuju Merdeka’ bagi menyahut seruan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Perikatan Nasional (PN) ‘prihatin’ dan menjuarai hati rakyat.

Program larian sejauh 16.8 km itu bermula dari Teluk Kumbar ke Gertak Sanggul, berlangsung dengan meriah.

Acara pelepasan larian disempurnakan oleh Ketua Cawangan Kg Masjid, Ramli Hussain, mewakili Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim.

Hadir sama membantu menjayakan program ini terdiri daripada pimpinan BERSATU Bahagian Balik Pulau, Srikandi, Armada, dan petugas sukarelawan.

Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan negeri, Penghulu mewakili Pejabat Daerah Barat Daya dan agensi-agensi kerajaan bagi membantu melancarkan perjalanan larian ini.