KAJANG, 31 Ogos – Semua ahli BERSATU perlu menerima hakikat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir selepas pembentangan Belanjawan 2023 diawalkan pada 7 Oktober ini.

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menjangkakan selepas pembentangan Belanjawan pada 7 Oktober ini, keesokkannya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen.

Namun, bagaimanapun, beliau berkata ia memberi ‘signal’ kepada BERSATU untuk siap sedia sebarang kemungkinan dalam menghadapi PRU15 dalam masa terdekat.

“Kita kena terima PRU15 tidak lama lagi. Kalau ikut jangkaan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) jelas dia sebut jangkaan dia Belanjawan 2023 dibentang 7 Oktober, esok Parlimen dibubarkan,” katanya.

Beliau beliau berkata demkian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Tahunan Berkelompok Cawangan-Cawangan BERSATU Bahagian Bangi 2022 di Kajang, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Penaja Cawangan BERSATU Kajang Bakhtiar Mohd Annuar dan Ketua Penaja BERSATU Cawangan Taman Delima, Kapt (B) Masuan Ali.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata menambah spekulasi PRU15 semakin dekat apabila Ismail mahu membetangkan sendiri Belanjawan 2023.

Bagaimanapun, beliau pelik adakah Ismail tidak sedar selepas PRU15 beliau bukannya akan jadi perdana menteri.

“Adakah Presiden UMNO mahu mencalonkan Ismail Sabri jadi PM?” soalnya.

Katanya, melihat apa berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila calon Menteri Besar lain, dan apabila menang, pemimpin lain yang dilantik.