PUTRAJAYA, 3 Sept – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan membunuh Naib Presiden Argentina Christina Fernandez de Kirchner pada Khamis lalu.

Menurut Wisma Putra, Malaysia bersolidariti dengan Kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.

“Kami berharap agar pengganas itu akan segera dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu pada hari ini.

Media antarabangsa melaporkan beribu-ribu orang berhimpun di Buenos Aires, ibu negara Argentina, sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada naib presiden yang terselamat daripada percubaan bunuh itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku di luar kediaman Fernandez de Kirchner selepas seorang lelaki cuba melepaskan tembakan ke arah beliau.

Fernandez de Kirchner pernah berkhidmat sebagai presiden Argentina.

Suspek telah ditahan pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati penyerang dikenali sebagai Fernando Andres

Sabag Montiel berusia 35 tahun bagaimanapun motif serangan masih disiasat.