BALIK PULAU, 6 Sept – Lampu solar di Teluk Bahang telah dipasang di sepanjang pejalan kaki di tepi pantai kawasan itu bagi memberi keselamatan kepada nelayan yang pergi dan pulang selepas menangkap hasil yang diperolehi mereka.

ADUN Teluk Bahang yang juga Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim berkata ini membuktikan BERSATU sentiasa mendengar keluhan dan permintaan rakyat.

“Penduduk iaitu antaranya nelayan di kawasan itu ada memohon untuk memasang lampu untuk tembatan sampan-sampan.

“Tempat melabuh, Kita juga turap jalan di kawasan itu supaya mudah untuk mereka angkut hasil mereka,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari ini.

Tambahnya, ini membuktikan BERSATU sentiasa mendengar keluhan rakyat dan cepat bertindak.

Katanya, sebanyak 100 nelayan mendapat manfaat hasil daripada program itu.

“Seramai 50 orang terlibat dalam program itu. Penduduk Teluk Bahang luahkan rasa syukur atas keprihatinan Zolkifly yang juga Ketua Bahagian BERSATU Teluk Bahang yang mendegar rintihan penduduk tentang keselamatan dan keselesaan dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Zolkifly berkata kerja-kerja memasang lampu di sepanjang pejalan kaki di tepi pantai akan mengurangkan kebimbangan para pengujung yang ingin beriadah.

Katanya, malah kerja-kerja membuat kemudahan itu dibantu oleh Cawangan BERSATU Teluk Awak yang diketuai oleh Ilias Mydin bersama ahli-ahlinya.

“Sebelum ini, saya juga telah menyediakan peruntukan menurap pejalan kaki sepanjang tepi pantai berkenaan,” katanya.