BALIK PULAU, 12 Sept – BERSATU Cawangan Genting meraikan seramai 30 individu yang terdiri daripada bekas-bekas parajurit, polis, wataniah dan ibu tunggal dalam usaha menghargai golongan yang telah berjuang kepada negara hingga negara dalam keadaan aman damai.

Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim berkata cawangan-cawangan BERSATU turut membantu Bahagian BERSATU mendekati dan menyantuni masyarakat dalam Karnival Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-65.

“30 orang penerima sumbangan hamper dan beg makanan telah diberi kepada yang bekas-bekas perajurit, polis dan wataniah daripada sumbangan NGO APD dan ROS Pulau Pinang.

“Selain itu, pelbagai pameran daripada agensi seperti PDRM, AADK, ROS, KWSP, PERKESO dan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma serta gerai-gerai makanan juga diadakan.

“Program bermula 9 pagi dengan sumbangan kepada golongan yang berbakti dan berjasa kepada negara dan diakhiri dengan Pelancaran Kempen Sahabat KDN Kita Demi Negara,” katanya.

Program ini dibantu NGO Persatuan Kebajikan Pengedaran Makanan Pulau Pinang – Architect Planning Delivery-APD.

Program dijalankan di Titi Teras dikendalikan oleh Ketua BERSATU Cawangan Genting Nazmin Ramli dan ahli jawatankuasa.