BALIK PULAU, 12 Sept – Peranan dan komitmen NGO Persatuan Kebajikan dan Pengedaran Makanan Pulau Pinang – Architect Planning Delivery-APD sangat besar kepada rakyat terutamanya di Balik Pulau.

NGO berkenaan merupakan persatuan yang aktif dan prihatin kepada masyarakat setiap minggu apabila program Makanan Bermasak Kasih APD sehingga kini telah membantu lebih 5,000 keluarga yang hadapi kos sara hidup yang meningkat sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Pengerusi APD Cikgu Kamarozaman berkata sukarelawan-sukarelawan APD yang kini berjumlah 187 orang akan mengagihkan lebih 90 pek makanan pada setiap Rabu kepada penduduk setempat yang memerlukan, secara berjadual.

Menurut Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim, NGO dapat membantu memperkasa BERSATU apabila khidmat sukarela mereka kepada rakyat akan dihargai.

Menurut beliau lagi, usaha-usaha NGO dan sukarelawan merupakan sebahagian latihan hubungan pengundi ya