BALIK PULAU, 13 Sept – Seramai 50 penduduk Kuala Jalan Bahrum yang terdiri daripada warga emas dan pelajar, gembira apabila menyertai program pemeriksaan mata percuma dan mendapat cermin mata pada separuh harga, hari ini.

Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim berkata program pemeriksaan mata percuma yang dianjurkan Cawangan BERSATU Kuala Jalan Bahru yang diketuai Nurzarina pada minggu lalu, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar.

“Ada yang datang berbasikal, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki motorsikal untuk mengambil cermin mata yang sudah siap hari ini.

“Penduduk Balik Pulau sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik dari semua cawangan Parti BERSATU setiap masa.

“BERSATU menjadi parti sebutan penduduk pelbagai kaum di setiap kampung dan taman, setelah berbagai perkhidmatan ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Prihatin Rakyat, Pemeriksaan Mata Percuma di sini hari ini.

Zolkifly, yang juga ADUN Teluk Bahang berkata politik khidmat seperti yang disarankan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, diamalkan di bahagian ini dengan jayanya,” katanya.