SEJAK Perikatan Nasional ( PN) menjadi kerajaan dan telah membuktikan kewibawaan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) menjadi Perdana Menteri, PN semakin menjadi kebimbangan kepada parti lain terutama UMNO dan PH.

Mengapa tidak, sejak PN memerintah memang banyak pihak menyerang PN dan kebelakangan ini serangan itu semakin kuat baik dalam kalangan pemimpin parti mahupun cybertroopers.

Kenapa PN yang sentiasa menjadi sasaran sedangkan banyak lagi parti-parti lain dalam negara ini.

Kebanyakan isu yang dimainkan oleh parti lawan terhadap PN adalah PN parti yang lemah, tiada masa depan malah paling extreme parti ‘tebuk atap’.

Hakikatnya, rakyat tidak lupa, ketika PN menjadi kerajaan negara ketika itu dilanda dengan pendemik Covid-19 yang menyebabkan negara menghadapi kesukaran baik dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi dan sosial.

Dalam tempoh itu, kerajaan PN ketika itu terpaksa mengimbangi tuntutan keselamatan, kesihatan dengan kesejahteraan ekonomi dan pendapatan rakyat bahkan krisis politik ketika itu.

Pelbagai program pemulihan ekonomi dan kesihatan menjadi keutamaan kerajaan PN demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Kejayaan negara mengharungi cabaran pendemik dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan program vaksin telah berjaya menangani pendemik Covid-19. Kejayaan itu diakui oleh negara luar malah lebih baik berbanding negara maju yang lain seperti Australia dan United Kingdom.

Sementara itu, pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM 260 bilion pada tahun 2020 dan kerajaan membelanjakan RM600 bilion dalam bajet Belanjawan 2021 mampu mengharungi dan melindungi ekonomi negara pada ketika itu.

Walaupun semasa kerajaan PH rakyat sering dimomokkan dengan mengatakan bahawa kerajaan kekurangan wang malah meminta rakyat menyumbangkan derma kepada Tabung Harapan Malaysia kononnya untuk mengukuhkan kewangan negara. Namun kerajaan PN ketika itu sebaliknya mampu menangani isu berkenaan malah pelbagai pakej ransangan ekonomi dan prihatin rakyat dapat diperkenalkan.

Sebenarnya UMNO dan PH sentiasa mencari kelemahan PN kerana mereka cemburu dengan kejayaan PN membawa negara menempuh cabaran semasa pendemik Covid-19.

Jika tidak, tidak lah mereka menyerang PN. Jika PN benar-benar lemah mengapa mereka perlu berbuat demikian, tentunya kerana mereka tidak tidur lena kerana asyik teringatkan PN.

Ketika dulu UMNO akan sentiasa kritik dan menyerang DAP namun kini jarang mendengar parti itu menyentuh DAP bahkan PH juga kurang menkritik UMNO. Jika ada pun pemimpin-pemimpin PH hanya menyerang individu tertentu seperti kes Najib Razak. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa ingat dan waspada terhadap PN. Tidak mustahil lah mereka akan sentiasa mencari kelemahan dan keburukan PN.

PN yang diangotai lima parti gabungan akan menjadi saingan kuat kepada mana-mana parti lawan menyebabkan PN menjadi sasaran utama.

Namun begitu, keputusan PRN Melaka dan Johor tidak boleh dijadikan ukuran kerana PRU merupakan isu nasional berbanding PRN yang membawa isu setempat dan kehadiran pengundi.

Rakyat perlulah memberi peluang sekali lagi kepada PN melalui kuasa sebenar rakyat yang dibuktikan melalui proses pilihan raya agar politik negara dalam keadaan stabil. Rakyat perlu memastikan PN memperoleh 2/3 kerusi dalam PRU yang akan datang.

Rakyat tidak boleh lagi memperjudikan nasib mereka memilih parti yang telah bergelumang dengan pelbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa. Rakyat tentunya tidak lupa apa yang dilakukan oleh BN dan PH ketika mereka menjadi kerajaan. Campur tangan dalam badan kehakiman dan terlibat rasuah yang mereka lakukan menjadikan negara dalam keadaan tenat dan keistimewaan orang Melayu terancam. Kerajaan PH yang sering menipu rakyat tentunya menjadi mimpi buruk kepada rakyat negara itu.

Kini bukan masanya rakyat terlalu beremosi dan politik jahil, kerana masa depan negara adalah pada tangan rakyat itu sendiri.

Penulis adalah Kamarozaman Ahmad, Ketua Penerangan BERSATU Balik PulauIni pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.