LABUAN, 17 Sept – Yakin dengan perjuangan integriti dan tadbir urus yang baik, BERSATU Labuan menerima 300 borang permohonan ahli baharu, baru-baru ini.

Borang permohonan ahli baharu itu diserahkan oleh enam ketua cawangan kepada Setiausaha Agung BERSATU Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Amanat dan Perasmian Persidangan Cawangan, Srikandi dan ARMADA Cawangan Bahagian Labuan Tahun 2022.

Majlis itu dihadiri Ketua Bahagian BERSATU Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Turut hadir, Yang di-Pertua PAS Kawasan Labuan, Hamir Hamzah; Ketua Bahagian PBS Labuan Datuk Peter Mark; Ketua Srikandi BERSATU Labuan Juliana Ibrahim, Ketua Armada BERSATU Labuan, Walther Philip Micheal, AJK Bahagian dan ketua-ketua Cawangan BERSATU Labuan.