TASEK GELUGOR, 17 Sept – Bagi meringankan kos sara hidup semakin meningkat, BERSATU Tasek Gelugor menjalankan satu program memberi sumbangan minyak masak kepada jemaah masjid, baru-baru ini.

Ketua Bahagian BERSATU Tasek Gelugor, Azmi Alang berkata beliau menyasarkan sebanyak 31 masjid di Parlimen Tasek Gelugor akan menerima sumbangan minyak masak itu.

“Setiap seorang jemaah masjid akan memperoleh 2 paket minyak masak 1 kilogram (kg).

“Setakat ini sebanyak 6 masjid di Parlimen Tasek Gelugor telah menerima sumbangan minyak masak,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari ini.

Tambahnya, program ini telah bermula sejak tiga minggu lalu.

Kata Azmi, program itu dibuat setiap hari Isnin hingga Jumaat.

“Satu masjid biasanya jemmahnya mempunyai seramai 35 hingga 80 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata pada Rabu lalu, sumbangan minyak masak juga telah diberikan kepada anak qaryah sekitar masjid di dalam Parlimen Tasek Gelugor.

“Masjid Simpang Empat Permatang Buloh menjadi deatinasi sumbangan kami dari BERSATU Bahagian Tasek Gelugor bersama pasukan BERSATU Bahagian Tasek Gelugor,” katanya.

Jelasnya lagi, sebelum ini BERSATU Tasek Gelugor juga telah memberikan sumbangan telur ayam berikutan kenaikan harga barang asas makanan itu.

“Dulu zaman bagi telur, masa itu telur mahal. Sekarang minyak masak susah nak dapat.

“Kita bagi minyak masak. Seorang Jemaah masjid akan mendapat 2kg minyak masak jenama Saji,” katanya.