BALIK PULAU, 18 Sept – Gotong-royong membina dan baik pulih pondok untuk menyimpan kemudahan para nelayan, antara aktiviti BERSATU Balik Pulau bersama nelayan.

Aktiviti gotong-royong itu diadakan di Kg Sungai Teluk Kumbar, pagi ini.

Selain membaik pulih pondok, mereka juga berganding bahu membaiki pukat bagi memudahkan para nelayan menangkap ikan di laut.

Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim berkata kemudahan pondok itu dapat dimanfaatka kepada lebih kurang 60 nelayan di situ.

“Bagi mengeratkan hubungan sesama nelayan, kerja-kerja mengubah suai dan membina pondok dilakukan secara bergotong dalam kalangan nelayan dan pimpinan parti,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penerangan BERSATU Balik Pulau Kamarozaman Ahmad dan Ketua Cawangan BERSATU Kg Masjid, Nazmin.

Dalam masa sama, Zolkifly sempat membantu dua orang nelayan, Mohamad Saifulah dan Adnan Mad Isa untuk memanjangkan urusan bantuan dengan pihak PERKESO, apabila mengetahui pernah bekerja swasta dan ada perlindungan Insuran Pekerja.