BELUM pernah seingat saya seorang Perdana Menteri Malaysia menyalahkan pihak lain atau Menteri lain apabila beliau dianggap gagal, mahupun dilihat tidak cekap menjalankan tanggunggjawab sebagai Perdana Menteri.

Dari zaman Tunku Abdul Rahman dulu Perdana Menteri kita sentiasa mendokong di atas bahu sendiri apa jua permasalahan dan cabaran menguruskan kerajaan. Benar ada menteri dan agensi agensi kerajaan, namun the bucks stop at the PM’s desk kata orang putih.

Hanya Perdana Menteri yang bernama Ismail Sabri sajalah yang tidak ada rasa malu menyalahkan agensi tertentu dan menteri sendiri apabila dikritik tentang polisi dan kegagalan mengurus dengan baik.

Tapi jika ianya sesuatu yg dilihat berjaya lain pula gayanya.. Habis dikerahkan semua yang ada untuk claim credit. Seolah olah dia seorang yang menguruskan Malaysia.

Umum mengetahui Majlis Pemulihan Negara dianggotai oleh ramai pakar dan tokoh profesional, ia juga di Pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin. Kapasati MPN ialah advisory, bermaksud mencadang dan mengemukakan kepada kerajaan actionable steps untuk membaiki ekonomi negara.

Namun kata putusnya tetaplah dari Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya yang mana tanggungjawab adalah di atas batu jemala Perdana Menteri.

Kesimpulannya jika seorang PM dah mula taichi tanggungjawab .. elok lah berundur.. biar cepat sikit sebelum musim banjir lagi elok.

Penulis adalah Yaakob Osman, Ketua Bahagian BERSATU Nibong TebalIni pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.