BALIK PULAU, 26 Sept – Seramai 1,000 warga belia Pulau Pinang hadir pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022, di Kepala Batas, pada Ahad.

ADUN Teluk Bahang yang juga Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim berkata kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat berjiwa besar golongan muda yang menjadi golongan penentu dan pewaris negara.

“Usaha mendekati dan bersama anak muda berjaya.

“Tempik sorak dan laungan bersemangat bertalu talu dari himpunan belia, bila setiap nama YB-YB ADUN Pulau Pinang disebut Menteri KPKT di atas pentas.

“Saya dapat rasakan semangat anak muda, bila mereka bersama dengan pemimpin.

“Berbesar hati dapat meluangkan masa dengan generasi pewaris negara ini, mereka punya aspirasi, idea, dan pandangan yang segar malah sering melihat sesuatu dari sudut pandang atau perspektif berbeza,” katanya.

Hadir sama, ADUN Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq; ADUN Penaga Mohd Yusni Mat Piah; ADUN Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor; ADUN Sungai Aceh, Zulkipli Ibrahim; dan ADUN Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin.

Program itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.