TASEK Gelugor, 26 Sept – Seramai 14 penerima yang terdiri daripada peniaga dan usahatani menerima bantuan peralatan bagi memudahkan urusan dalam perniagaan mereka.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen BERSATU Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Shabudin berkata kos sebanyak RM64,500 diperuntukan dalam program bantuan peralatan tersebut.

“Semua penerima terdiri daripada individu yang terlibat dalam perniagaan, pertanian dan kemasyarakatan.

“Bantuan ini merupakan sokongan bagi membantu mereka bersaing dalam mencapai kejayaan di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Shabudin hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Peralatan Parlimen Tasek Gelugor, pada Sabtu lalu.