BANGSAR, 26 Sept – Sebanyak 200 borang keahlian baharu Armada diserahkan di Bahagian BERSATU Lembah Pantai, sebagai tanda sokongan golongan muda bersedia melibatkan diri membantu jentera parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagian BERSATU Lembah Pantai, Ir Zainal Ariffin Osman berkata ini menunjukkan kekuatan di kawasan Parlimen ini seimbang di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Terdahulu, Armada BERSATU Lembah Pantai menyerahkan 200 borang keahlian baharu kepada Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, pada Ahad.

Wan Saiful hadir merasmikan program Taklimat Jentera Pilihan Raya dan Perbincangan Isu-Isu Semasa BERSATU Lembah Pantai.

Seramai 400 peserta hadir, melibatkan Armada dan Srikandi serta penduduk-penduduk di sekitar Parlimen Lembah Pantai.