BALIK PULAU, 26 Sept – BERSATU Balik Pulau berazam akan memberi kemenangan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim berkata janji itu dilontarkan ketika bertemu Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-6 BERSATU di Putrajaya, pada Ahad.

“Janji bahagian, selepas enam tahun lalui pelbagai cabaran dan dugaan pahit manis asam garam politik ditempuhi.

“Kegiatan politik khidmat dan prihatin rakyat yang diberi oleh Bahagian Balik Pulau telah melalui fasa penerimaan bersama oleh rakyat di Parlimen Balik Pulau.

“BERSATU Bahagian bersedia, dan akan terus memberi khidmat, bantuan dan prihatin rakyat yang menjadi keutamaan kepada rakyat,” katanya.