BALIK PULAU, 26 Sept – BERSATU Balik Pulau bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir di beberapa kawasan di sekitar Parlimen Balik Pulau.

Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim berkata musim tengkujuh sudah bermula membimbangkan penduduk terutama mereka berasa fobia kerana kesan banjir yang berlaku sebelum ini.

“Bahagian menghidupkan team dan jentera menghadapi kemungkinan banjir di kawasan Parlimen.

“Sukarelawan menghadapi banjir Parlimen sudah bersedia.

“Kaedah tugasan dan bantuan akan diselaraskan bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

“Saya minta Ketua-Ketua Cawangan bersedia dan berharap mengambil tindakan proaktif jika berlaku banjir di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Teluk Bahang berkata mesyuarat dan taklimat banjir telah diselaraskan oleh Ketua Penerangan BERSATU Balik Pulau Kamarozaman Ahmad bersama penyelaras banjir DUN dan ketua-ketua cawangan.

Turut hadir, Srikandi dan Armada yang akan turut sedia dengan jentera mereka menghadapi banjir.