Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-6 penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama pemimpin dan akar umbi parti, dilihat parti BERSATU kekal fokus untuk mengukuhkan lagi kekuatan dan berperanan serta fokus sebagai sebuah parti yang sentiasa memberi sumbangan kepada bangsa, agama rakyat serta negara.

Parti BERSATU Bahagian Puchong dalam persediaan ulangtahun parti pada Kali ini cukup sibuk apabila diberi tanggungjawab untuk menyediakan hidangan makanan dan minuman kepada para tetamu yang hadir termasuklah tetamu VVIP pada semalam.

Sikap kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh BERSATU Puchong dari awal pagi telah bertungkus lumus dari membuat kerja-kerja penyediaaan bahan-bahan masakan hinggalah membungkus, serta menghidangkan juadah akhirnya dapat dijayakan sehingga selesai majlis.

Sambutan Ulangtahun Parti Bersatu kali ke-6 ini dilihat sebagai peluang bagi semua ahli akar umbi parti meneliti segala isi ucapan pembakar semangat daripada Presiden Parti BERSATU YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Demi jalan kemenangan menuju Pru ke-15, untuk membaiki segala kelemahan dan memantapkan lagi semangat obor perjuangan.

Parti BERSATU mesti menambah strategi untuk jangka masa panjang. Kita mahu Parti BERSATU ini sentiasa relevan sepanjang zaman dalam memberi sumbangan kepada rakyat dan negara.

Parti BERSATU yang ditubuhkan sejak September 2016 lalu kini telah menjadi Parti paling konsisten berpegang pada perjuangannya menolak sekeras-kerasnya kleptokrat dan budaya salah guna kuasa serta menjadi sebuah parti yang sangat prihatin dengan masalah rakyat katanya”.

Semua ahli BERSATU yang hadir berhimpun dari dalam dan luar khemah penuh bersemangat melaungkan kata keramat HIDUP BERSATU!! laungan keramat itu terus bergema beberapa kali demi menyahut ucapan, seruan dan amanat yang disampaikan oleh Presiden parti YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sekali gus menjadi acara penutup majlis sambutan ulang tahun parti Bersatu yang ke-6 kali ini.

Sambutan gilang gemilang ulang tahun Bersatu kali ke-6 juga turut menyaksikan anugerah penghargaan kepada beberapa mantan pemimpin parti yang telah banyak membuat jasa kepada parti. Selain sambutan untuk semua ahli turut diadakan adalah adalah gerai-gerai PRIHATIN yang membuat jualan murah barangan keperluan harian kepada pembeli untuk dibawa balik bersama keluarga.

Semoga sambutan ulang tahun Parti BERSATU ini terus menjadi satu suntikan semangat kepada semua pemimpin serta ahli parti untuk terus berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Penulis adalah Mohd Shukor Mustaffa, Ketua Bahagian BERSATU Puchong.