KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seorang penganalisis politik menyokong kenyataan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan parti-parti yang mendokong ideologi kiri.

Dr Mazlan Ali berkata negara memerlukan satu bentuk acuan sesuai yang tidak terlalu kapitalis dan tidak terlalu sosialis.

“Di mana kedua ideologi ini adalah dua ideologi akar kepada perkembangan politik di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka.

“Kenyataan Wan Saiful adalah satu kenyataan sesuai,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan berkata idea Wan Saiful yang menawarkan idealisma yang sederhana seusai dengan corak Melayu pelbagai kaum.

Katanya, idea itu adalah formula baik untuk negara kita yang sedang hadapi cabaran yang getir.

“Maka percaya kesederhanaan hak orang Melayu sebagai bangsa Bumiputera dan Melayu sebagai bangsa Malaysia ini sesuatu sangat perlu difahami,” katanya.

Pada Ahad lalu, Wan Saiful berkata PH dalah gabungan parti-parti yang mendokong ideologi kiri.

Wan Saiful berkata DAP dan PKR jelas melaungkan agenda kiri berteraskan sosialisme.

Beliau berkata ini membuka ruang untuk BERSATU memposisikan parti sebagai parti pertengahan kanan (centre right) iaitu ekonomi berteraskan perdagangan dan perniagaan.