SHAH ALAM, 2 Okt – Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia untuk berdepan sesiapa sahaja, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin bertanding di kawasannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Sebagai anak jantan, beliau mempelawa sesiapa sahaja untuk bertanding di Gombak.

“Ada orang minat nak datang Gombak, silakan. Gombak terbuka. Saya anak jantan, silakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Persidangan Bahagian BERSATU dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BERSATU Selangor hari ini.

Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor juga memberikan bayangan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 kelak.

“Nak hantar isteri pun boleh, nak hantar anak pun boleh. Kalau berani, hantar diri sendiri ke Gombak,” katanya lagi.