PADANG SERAI, 18 Okt – Seramai 45 penduduk masyarakat India bersyukur apabila menerima kit makanan untuk setiap keluarga, sempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Ketua Bahagian BERSATU Padang Serai, Khairul Anuar Ramli berkata pemberian kit makanan itu diharap dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung untuk sementara waktu terutamanya di musim perayaan.

“Skuad Jelajah Prihatin BERSATU Bahagian Padang Serai menyantuni 45 keluarga masyarakat India sekitar Paya Besar, Taman Lobak, Taman Sri Limau, Taman Saderi dan Taman Kucai.

“Melalui program ziarah seperti ini, kami dapat melihat secara terus masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira bangsa. Ada yang menderita penyakit stroke dan tidak boleh bergerak terutama warga emas dan orang kelainan upaya.

“Semoga dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung untuk sementara waktu terutama di musim perayaan,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Kedah, Marimuthu Selvan.