BACHOK, 21 Okt – Seramai 62 ahli dan penyokong Amanah di DUN Pantai Irama, kini menyertai BERSATU.

Ketua Bahagian BERSATU Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata penyertaan itu berikutan mereka sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti tersebut.

“Kita orang BERSATU sudah biasa dengan orang Amanah dan Keadilan, kita semua kawan, kita semua PH dulu.

“Cuma yang membezakan kita kerana kita mempunyai dan menyertai parti politik yang berlainan.

“Dan sekarang kita sudah bersama dalam satu rumah, kita perkuatkan saf dalam Perikatan Nasional (PN) dan kita pastikan Putrajaya milik kita,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zulkifli yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU hadir di Program Jelajah Selamat Tinggal Pakatan Harapan (PH) yang dianjurkan BERSATU Bachok di Kampung Mujur, di sini, baru-baru ini.

Beliau juga menzahirkan penghargaan terima kasih dan selamat datang kepada ahli-ahli baharu yang akan menyertai BERSATU.