KUALA LUMPUR, 31 Okt – Perikatan Nasional (PN) Perak menyediakan bas khas bagi membawa pelajar dari 24 institusi pengajian tinggi (IPT) pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 19 November ini.

Bas itu akan membawa pelajar yang terdiri daripada anak Perak pulang ke 24 destinasi mulai 17 dan 18 November.

Sehubungan itu semua pelajar yang berhasrat menggunakan perkhidmatan berkenaan boleh melayari laman sesawang berikut untuk pendaftaran -> https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek3zSooZPk6xg7GBkxHcF67quiTivpayTI8io4HmUrTpwtsQ/viewform?fbclid=IwAR3flLZ03k31JR2fzIl68gWtQF2Ey3bzpWv_-LpKvBb3ldWIUTuAt-g4Vyo

Sebelum ini, media melaporkan ramai pelajar IPT menghadapi masalah untuk pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi, susulan tambang yang mahal dan kekerapan jadual perjalanan yang tidak menentu.

Keadaan itu menyebabkan sesetengah daripada mereka berhasrat melupakan tanggungjawab membuang undi bagi memilih kerajaan baharu selepas PRU-15 ini.