MARANG, 3 Nov – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan dua muka baharu ditampilkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia diumumkan Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, malam ini.

SENARAI CALON PN TERENGGANU

P33 Besut

  • Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)

P34 Setiu

  • Shaharizukirnain Abd Kadir (Penyandang)

P35 Kuala Nerus

  • Datuk Dr Alias Razak (muka baharu ADUN Bukit Tunggal)

P36 Kuala Terengganu

  • Datuk Ahmad Amzad Hashim (Penyandang)

P37 Marang

  • Tan Sri Abdul Hadi Awang (Penyandang)

P38 Hulu Terengganu

  • Datuk Rosol Wahid (Penyandang)

P39 Dungun

  • Wan Hassan Mohd Ramli (Penyandang)

P40-Kemaman

  • Che Alias Hamid (Penyandang)