KANGAR, 4 Nov – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Shukri Ramli, memperkenalkan 13 daripada 15 calon PN yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Daripada 15 kerusi berkenaan, lapan kerusi diperuntukkan kepada PAS manakala tujuh kerusi adalah untuk BERSATU.

Hanya kerusi DUN Sena dan Kayang yang akan diumumkan esok.

Turut hadir adalah Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Naib Pengerusi 1 PN Perlis.

Senarai calon PN Perlis bagi PRU15:

P001 Parlimen Padang Besar
Datuk Rushdan Rusmi (PAS)

N01 Titi Tinggi
Izizam Ibrahim (BERSATU)

N02 Beseri
Haziq Asyraf Dun (PAS)

N03 Chuping
Saad Seman (PAS)

N04 Mata Ayer
Wan Badariyah Wan Saad (PAS)

N05 Santan
Azmir Azizan (PAS)

P002 Parlimen Kangar
Zakri Hassan (BERSATU)

N06 Bintong
Fakhrul Anwar Ismail (PAS)

N07 Sena
Akan diumumkan

N08 Indera Kayangan
Pramoot a/l Puan (BERSATU)

N09 Kuala Perlis
Abu Bakar Hamzah (BERSATU)

N10 Kayang
Akan diumumkan

P003 Parlimen Arau
Datuk Seri Shahidan Kassim (PN)

N11 Pauh
Megat Hashirat Hassan (BERSATU)

N12 Tambun Tulang
Wan Zikri Afthar Ishak (BERSATU)

N13 Guar Sanji
Redzuan Hashim (PAS)

N14 Simpang Empat
Razali Saas (PAS)

N15 Sanglang
Mohd Shukri Ramli (PAS)