TAMBUN, 5 Nov – Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Faris Mohamad Hanip sebentar tadi.

Penyandang Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH); Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN); dan Abdul Rahim Tahir (PEJUANG).