TASEK GELUGOR, 5 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan berdepan saingan lima penjuru bagi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Wan Saiful berdepan dengan calon BN, Muhammad Yusoff Mohd Noor; calon GTA, Abdul Halim Sher Jung; calon PH, Razak Ridzuan dan calon WARISAN, Mohd Akmal Azhar.

Pengumuman penamaan calon itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Supardi Amaludin di Dewan Perdana Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful bersama 1,000 jentera dan penyokong PN tiba di perkarangan berhampiran kawasan penamaan calon.

Hadir sama, Ketua Bahagian BERSATU Tasek Gelugor, Azmi Alang dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Saleh.