KANGAR, 7 Nov – Abu Bakar Hamzah mempunyai cara yang unik untuk memperkenalkan diri sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain aktif berkempen secara fizikal, Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis itu telah menyatakan keazaman memajukan Kuala Perlis dalam sebuah video berdurasi tujuh minit 58 saat itu.
Video bertajuk N9: Kuala Perlis: Abu Bakar Hamzah itu telah dimuat naik di platform Youtube pada malam Isnin.

Dalam video berkenaan, Abu Bakar berkata, beliau berjanji kepada ayahnya untuk memajukan Kuala Perlis dan memberikan kemenangan kepada PN.

“Insya-ALLAH saya meminta kerjasama daripada pihak Pas dan Bersatu untuk memenangkan calon kita (PN) di Kuala Perlis khususnya.

“Kita membangun bersama. Kita akan sama-sama membela nasib anak nelayan, petani semua. Kita bantu sama-sama,” ujarnya berselang seli dengan kehadiran penyokong-penyokong PN dalam video berkenaan.