NIBONG TEBAL, 12 Nov – Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU-15) adalah bebas daripada amalan rasuah, kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak itu berkata rakyat harus bijak memilih calon supaya PN dapat membentuk kerajaan yang bersih, stabil dan bebas rasuah.

“Calon-calon PN bersih daripada amalan rasuah dan tiada kes mahkamah melibatkan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Rakyat PN di Teluk Kumbar, di sini, hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan calon PN kerusi Parlimen Balik Pulau, Mohd Harris Idaham Mohd Rashid.

Sebaliknya, Azmin berkata beberapa calon daripada parti lain masih mempunyai kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurutnya, mereka sepatutnya memberi laluan kepada tokoh-tokoh baharu sementara kes dibicarakan di mahkamah.

Pada PRU15, 19 Nov ini, PN meletakkan wakil di kesemua 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.