KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kerajaan mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini kepada pengguna sempena Pilihan Raya Umum ke-15 PRU15.

Ia bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tol bermula itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November.

Ayuh rakyat Malaysia, jom balik mengundi!