KUANTAN, 21 Nov – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) melantik Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata PN akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

Katanya, PN berterima kasih kepada semua pengundi yang memberi kemenangan kepada parti itu sehingga berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri.

“PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri Pahang seberapa segera,” katanya hari ini.

Tuan Ibrahim komited galas tanggungjawab jika menang Parlimen Kubang Kerian, DUN Cheka

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (BN) 16 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.

Pada PRU15, Tuan Ibrahim menang DUN Cheka dalam Parlimen Lipis.