KANGAR, 25 Nov – Kerajaan Perlis berharap kerajaan Persekutuan yang baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengamalkan sikap sama rata.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, projek pembangunan yang sedang berjalan di Perlis perlu diteruskan demi kebaikan seluruh rakyat negeri ini.

“Saya harap kerajaan Pusat akan memberi layanan sama rata (terhadap semua negeri).

“Bagi projek pembangunan yang sudah diluluskan dan sedang berjalan mesti disiapkan demi kebaikan rakyat negeri ini,” katanya di sini pada Khamis.