ROMPIN, 7 Dis – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Nor Idayu Hashim, selesai mengundi di SK Tanjung Gemok pada jam 8.34 pagi hari ini.

Kemudian, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Hussain, mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian pada 9.45 pagi, di sini.

Nor Idayu meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa pengundi sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan Nor Idayu, Johari, Osman A Bakar (PEJUANG), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan calon BEBAS, Sulaiman Bakar.

Pengundian DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.