MELAKA, 13 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub kini menggalas tugas sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Kita akan jadi pembangkang yang lebih efektif supaya dapat memberi semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjamin kesejahteraan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Melaka di sini hari ini.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi terdiri daripada Barisan Nasional sebanyak 21 kerusi, PH (lima kerusi) dan PN (dua kerusi).