Saya telah mengarahkan Skuad Prihatin BERSATU untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Alhamdulillah, bantuan telah mula disampaikan. Saya harap bantuan ini dapatlah meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad Prihatin BERSATU yang sentiasa peka dan prihatin dengan nasib rakyat.

Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN BERSATU juga akan terus membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Insya-Allah, BERSATU akan terus membantu rakyat sedaya upaya yang mampu dan istiqamah dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
24 Disember 2022