Saya hairan dengan gesaan menteri ekonomi dalam sidang medianya baru-baru ini, yang mencadangkan agar rakyat mengurangkan hidangan ayam untuk kembali menstabilkan harga atau menurunkan harga ayam. Apatah lagi di musim perayaan seperti ini (ingat, Malaysia antara negara yang paling banyak menyambut pelbagai perayaan dalam setahun).

Inilah yang dipanggil Ekonomi Tingkah Laku ETL (Behavioral Economics) di mana mempengaruhi beberapa faktor kadar langasung seperti faktor logikal, stereotaip, emosi, penalaan sedar/separa sedar dan lain-lain lagi. ETL ini adalah popular sejak tahun 2000 dan dilihat sebagai jalan mudah kepada penerangan berkenaan sesuatu isu berkait ekonomi dan diguna pakai oleh ramai ahli politik, sehinggakan Richard Thaler memenangi anugerah Nobel dalam Behavioral Economics pada tahun 2018.

Adakah menteri ekonomi itu dengan pasukan pemikir di kementeriannya hanya bersandarkan kepada ETL sebagai solusi isu-isu ekonomi? Adakah baseline sesuatu kementerian di Malaysia sebegitu straightforward? Di mana penelitian dan data-data bersandarkan Ekonomi Sebenar (Real Economics) seperti landed cost, plantation/farming yields, labour costs, research, market viability dan infrastructure dalam membuat rumusan atau penelitian?

Pada hemat saya, mengambil kira keadaan semasa berkenaan kenaikan harga barang dan isu inflasi, boleh ditangani melalui cara yang lebih berkesan dan efektif tanpa menyalahkan rakyat kerana memakan terlalu banyak ayam. Secara purata, rakyat Malaysia memakan 50kg ayam setahun, jauh lebih tinggi dari rakyat Thailand dan Indonesia yang secara puratanya memakan sebanyak 8kg ayam setahun. Inilah preference rakyat Malaysia, jadi tidak adil jika rakyat disalahkan kerana ayam kini menjadi makanan ruji rakyat sehinggakan KFC Malaysia adalah yang kelapan terbesar di dunia dari segi franchise.

Solusi pertama, kerajaan perlu mudahkan polisi berkaitan industri penternakan seperti lanjutan tempoh kuat kuasa lesen dari 12 bulan ke 24 bulan. Fi lesen juga boleh dikecualikan untuk menambah lebih ramai “pemain” industri ini. Kedua, memberi bantuan secara geran atau memudah cara pinjaman kewangan kepada penternak dengan syarat meraka perlu menaik taraf ladang mereka dari konsep terbuka kepada tertutup atau “close loop farm system” yang akan meningkatkan pengeluaran disebabkan konsepnya adalah sistem yang lebih tersusun, efektif dan bersih. Juga menjadikan pasar basah lebih efektif dari segi susun atur dan kebersihan adalah satu keperluan disebabkan banyaknya isu “cross contaminants” dan “foodbourne outbreak”.

Mahukan ayam yang lebih murah dan banyak dipasaran, jadi menteri ekonomi wajar manfaatkan formula-formula yang dicanang dahulu, berdasarkan konsep “Real Ekonomi”. Ingat hari ini anda adalah kerajaan, bukan lagi pembangkang.

Akhir kata, Selamat Hari Natal buat rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

FATHUL HUZIR AYOB
Ahli Parlimen Gerik
25.12.2022