NIBONG TEBAL, 28 Dis – Sebanyak 14 masjid di negeri ini di mana lantikan Ahli Jawatankuasa masjid melalui undian anak khariah, tidak diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Bahagian BERSATU Nibong Tebal, Yaakob Osman mendakwa sebaliknya MAIPP melantik AJK lain mengikut selera mereka.

“AJK Masjid Abu Ubaidiah Ibni Al Jariah , Bandar Tasek Mutiara meletakkan jawatan en-bloc kerana membantah keputusan MAIPP kerana mereka bukannya yang menang pemilihan melalui undian anak anak Khairiah.

“Ini bermakna tiada imam tiada bilal tiada siak utk masjid tersebut utk berkhidmat kepada anak khariah termasuklah urusan nikah kawin.. sakit demam .. dan kematian.

“Urusan masjid diserahkan kepada MAIPP keseluruhannya,” katanya dalam reaksi di Facebook, baru-baru ini.

Jelasnya, salah satu masjid di kawasan kampungnya turut mengalami situasi yang sama.

“Masjid kampung saya Masjid Sungai Aceh pun begitu, Pengerusi yang diundi tidak dilantik tapi MAIPP lantik org lain.. yang juga menolak lantikan tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman adalah Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) yang juga ADUN PKR Pinang Tunggal.