KUALA LUMPUR, 9 Jan – BERSATU Sabah kekal utuh malah bertambah kukuh walau beberapa pemimpin meninggalkan parti.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata hakikatnya penghijrahan mereka ini tidak memberi kesan terhadap kekuatan parti di peringkat akar umbi.

“BERSATU Sabah akan terus diperkasakan dan penyertaan beberapa pemimpin baru di semua peringkat akan merealisasikan hasrat parti untuk bangkit semula.

“Kepimpinan Badan Pimpinan Negeri akan dikemaskini dalam masa terdekat ini bagi menggerakkan jentera parti menghadapi cabaran politik negeri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir ke perjumpaan khas Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.