KUALA LUMPUR, 16 Jan – Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan yang mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan mantan Perdana Menteri Kelapan tersebut.

Dalam pertemuan yang berlangsung malam ini, Muhyiddin mengambil kesempatan pertemuan dengan Dr Vivian mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan berhubung senario politik semasa dan hubungan dua hala Malaysia dengan Singapura.

“Saya telah menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan malam tadi.

“Kami makan malam sambil bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal politik semasa dan hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

“Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon,” katanya dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.