Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 19 Januari 2023 menetapkan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU 2022 akan diadakan bermula 3 Mac 2023 sehingga 5 Mac 2023, selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan BERSATU.

Sementara itu, tarikh-tarikh bagi Persidangan Cawangan, Persidangan Bahagian dan Perhimpunan Agung Tahunan 2023 adalah seperti berikut:

i. Persidangan Cawangan 2023 : 1 Julai 2023 – 31 Ogos 2023
ii. Persidangan Sayap-Sayap Bahagian 2023 : 7 Oktober 2023
iii. Persidangan Bahagian 2023 : 21 Oktober 2023
iv. Perhimpunan Agung Tahunan : 23 November 2023 – 25 November 2023

Sehubungan itu, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti di atas selaras dengan Perlembagaan Parti.

MPT BERSATU juga telah membincangkan laporan post-mortem keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 lalu dan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
20 Januari 2023