Kenyataan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam menggambarkan wujudnya kartel telur yang mengambil kesempatan di atas ketidakketentuan mata wang ringgit untuk mengeksport telur ke luar negara bagi mendapatkan untung berlebihan.

Kerajaan PH-BN perlu mendedahkan jumlah sebenar telur yang dieksport ke luar negara ketika ini dan jangan melindungi kartel-kartel ini hingga membebankan rakyat Malaysia.

Tidak relevan untuk Menteri berkenaan membuat rombongan hingga ke India sedangkan pengeluaran telur negara pada 2021 adalah sebanyak 13,955,240,660 biji. Adakah wujud kartel import pula di mana harga yang didapati di India lebih mahal. Kita menggesa kerajaan jelaskan kepada rakyat syarikat mana yang diberikan permit import (AP) oleh kerajaan PH-BN ini?

Rakyat sedang susah dengan kenaikan harga barang sekarang ini di mana rata-rata golongan B40 yang miskin bergantung kepada telur. Jangan dianggap isu telur perkara yang remeh dan melindungi kartel yang mengambil keuntungan di saat rakyat sedang susah.

Mahathir Mohd Rais
Ketua Penerangan PN Wilayah Persekutuan
Ketua Bahagian BERSATU Segambut