Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik yang menyemarakkan kebencian kepada Islam ( Islamofobia ) kepada masyarakat. Perkara ini telah dilakukan oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang telah membakar naskah Al-Quran di Stockholm, Sweden.

Tindakan ini bukan saja mengundang kemarahan kepada rakyat Turkiye malah kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tindakan ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun yang tidak boleh menjadi contoh kepada mana-mana masyarakat dunia.

Islam adalah agama harmoni yang menghormati agama dan budaya bangsa lain.

Islam adalah agama yang menyampaikan kebaikan dan menyemai kedamaian.

Islam bukan seperti yang digambarkan oleh sebahagian pandangan barat yang membayangkan Islam adalah agama keganasan dan membawa kepada keganasan.

Islam adalah agama yang terbuka untuk semua dan mencintai kedamaian serta kesejahteraan.

Pendekatan dialog berterusan adalah menjadi ruang kepada masyarakat dunia untuk terus mengenal Islam dalam konteks yang sebenar.

Golongan muda mesti memainkan peranan menerang dan menunjukkan contoh peribadi muslim yang baik kepada semua.

Media sosial boleh digunakan bagi tujuan penyebaran Islam yang murni.

Nazree Yunus
Ketua Bahagian BERSATU Rembau
Setiausaha Perikatan Nasional Negeri Sembilan