BERSATU

Dari Meja Presiden

Tan_Sri_Muhyiddin_Yassin_office.jpg

Amanat Presiden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua?

Saya harap saudara dan saudari sekalian berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya parti BERSATU teguh berdiri memperjuangkan agendanya. Saya juga bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk memimpin BERSATU. Walaupun parti ini masih muda, kita mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam arena politik Malaysia. BERSATU meletakkan dirinya sebagai sebuah parti untuk orang Melayu dan Pribumi yang menawarkan politik dan pentadbiran yang bersih serta memperjuangkan kebajikan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Kini, BERSATU telah melakar pelbagai kejayaan. Bermula dari kejayaan dalam PRU14 pada Mei 2018 yang lalu hinggalah Pilihanraya Negeri Sabah pada September 2020. BERSATU juga amat komited untuk terus mara ke hadapan bagi melaksanakan kebajikan kepada rakyat. Kekuatan BERSATU semakin hari semakin utuh dengan adanya pemimpin yang berwibawa di segenap peringkat, serta dikukuhkan lagi dengan sokongan padu ahli-ahli akar umbi.

Saya ingin mengajak semua ahli BERSATU untuk bersama-sama saya memperkukuh parti ini, dan juga membina keyakinan rakyat, agar BERSATU dapat menjadi parti yang membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sekian, Wassalam

BERSATU TERAS KEMAKMURAN BERSAMA

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MUHAMMAD YASSIN
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Latar belakang


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin sebagai Presiden parti.
Pendaftaran BERSATU diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 9 September 2016, dan seterusnya dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 14 Januari 2017.

Sejak awal penubuhan, BERSATU meletakkan dirinya sebagai sebuah parti untuk orang Melayu dan Pribumi yang menawarkan politik dan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan memerangi amalan rasuah, serta menjaga kebajikan dan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Lebih Lanjut

Majlis Pimpinan Tertinggi

tan sri muhyiddin bg


YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN​

Presiden



ahmad faizal bg


YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu

Timbalan Presiden



ronald kiandee bg


YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Naib Presiden



radzi-jidin-bersatu


YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Naib Presiden



download__1_-removebg-preview


YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Naib Presiden




rina-harun-bersatu


YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Ketua Srikandi



Wan-Ahmad-Fayhsal


YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Ketua Armada



hamzah-zainuddin-bersatu


YB Dato' Seri Hamzah Zainudin

Setiausaha Agung



bendahari


YBhg Dato’ Mohamed Salleh Bajuri

Bendahari Agung



wan saiful bg


YBhg Datuk Wan Saiful Wan Jan

Ketua Penerangan





Lihat senarai penuh

Galeri

Album Program / Aktiviti / Kempen


Lihat album lain