Elementor #2460

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU
)

 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua barisan kepimpinan BERSATU yang terpilih memegang jawatan di peringkat cawangan, bahagian, Srikandi, Armada dan Majlis Pimpinan Tertinggi dalam pemilihan parti yang berakhir semalam. Pemilihan parti kali pertama yang berlangsung dalam suasana yang teratur dan tertib ini menunjukkan proses demokrasi di dalam parti berjalan dengan baik dan ahli-ahli parti matang dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih barisan kepimpinan parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Bagi yang tidak terpilih kali ini, teruslah istiqimah dalam saf perjuangan parti. Saya percaya anda juga mempunyai peranan yang besar untuk terus menyumbang kepada parti.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan parti yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dan semua para petugas yang terlibat dalam mengurus pemilihan parti di setiap peringkat. Segala usaha dan kerja keras anda semua dalam menjayakan proses pemilihan parti amat saya hargai.

Kepada semua barisan kepimpinan baharu parti, saya berharap agar saudara-saudari dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua barisan kepimpinan parti di peringkat cawangan, bahagian, Srikandi, Armada dan MajliS Pimpinan Tertinggi yang telah menjalankan tugas bagi sesi 2016-2020.

 

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

24.08.2020